Beaders friend

Untuk semua rakan-rakan beaders, marilah meriahkan blog ini. Belum jadi followers? Sign in le.... Juga, kalau sudi komen jahitan saya, email la saya ye atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

Fabrik polos memang musdah untuk digayakan jahitan maniknya. Paten pilihan pemilik baju Kak Rahimah, kawan setaman.

Jahitan silang kerawang ini menggunakan manik mutiara bulat. Patennya mudah tapi leceh sikit nak jahit sebab bersilang. Tapi dah jadi baru 'vogue'.

Baju kawan saya bernama kak hanie. Jahitan yang ringkas. Cuma nak highlight di bahagian sulaman mesin tu. Baru shining sikit.


Paten piramid ini dijahit pada fabrik cotton. Macam biasa, fabrik cotton biasanye bercorak pudar, jadi bila letak manik baru menyerlah dan cute.

Paten ini direka untuk fabrik chiffon, lembut dan ringan. Jadi jahitan mesti yang ringan juga. Menggunakan manik beras, silinder dan bulat.

Menggunakan cara mudah. Saya menggunakan kain renda net dan jahitkan pada bawah baju. Kemudian pasangkan manik mengikut bentuk dan corak pada renda tersebut. Cantik dan simple.

Dress hitam ini adalah kepunyaan birthday girl Shah Alam. Paten ni memang pilihan dia. Nak yang bling bling dan tema party black N silver. Siap dalam masa 3 hari tapi tak de la jahit direct, bila free time baru buat.


Jahitan ini rekaan saya sendiri. Ala-ala bunga tulip gitu. Comel kan.... menggunakan manik bulat, silinder dan kristal. Manik bulat tu 2 warna tau. Dalam warna kuning luarnya transparent. Biasanya jenis manik ini mahal sikit harganya daripada manik yang biasa.



Baju ini adalah baju yang membawa 'kenangan terindah' dalam hidup saya. Inilah baju yang saya jahit untuk 'Pertandingan Sulaman Manik, Labuci, Benang & Kristal' Anjuran FTIMdc. Saya hanya ambil 2 minggu saje untuk buat baju ni. Emergency punya pasal la... Walaupun dapat saguhati tapi percubaan pertama ini amat membanggakan saya dan keluarga.


Rekaan ini antara yang terbaru saya jahit. Menggunakan warna yang agak berani. Atas permintaan pelanggan. Ramai yang suka paten baju ni. Saya pun suka. Anda suka tak? Walaupun tak canggih sangat tapi di kawasan tempat tinggal saya ini kira vogue tau.

Salah satu jahitan yang saya suka. Menggunakan manik silinder, bulat dan juga labuci. Saya tak ambil tempahan jahit baju, cuma tempahan jahit manik je. Biasanya pelanggan akan pilih dari album saya. Jadi mudah untuk saya mulakan jahitan takyah fikir banyak-banyak. Setakat ini dah banyak bj saya jahit jadi saya tak ingat ini baju sapa.