Beaders friend

Untuk semua rakan-rakan beaders, marilah meriahkan blog ini. Belum jadi followers? Sign in le.... Juga, kalau sudi komen jahitan saya, email la saya ye atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

Seminar Melakar Corak Dan Gabungan Warna - 31hb Januari 2010

Sijil yang diberikan kepada peserta yang hadir untuk seminar ini. Seminar diadakan di Dewan MPSJ Kompleks 3C di Sunway, Petaling Jaya, berhampiran Sunway Lagoon. Bermula jam 9 pg ~ 4 ptg.

Ketika sesi penerangan tentang pemilihan warna untuk fabrik polos. Bila ditanya tentang warna yang sesuai untuk fabrik ini saya jawab juga tapi ada yang salah ada yang betul. Main redah je.....


Bergambar bersama guru yang terbaik dalam bidang manik, Pn. Rosita Jaafar. Suhu dalam dewan ni sejuk sangat, sebab tu saya pakai sweater.


Gambar kenangan bersama semua peserta seminar. Yang bulatan merah tu saya. Antara teman2 beaders yang hadir mosheeda, dila, kamariah, zai, syeikh, aziz, atina, nadia, sofia, amalina dan adalah beberapa nama yang saya tak berapa ingat.


Kenangan Terindah

Ini adalah gambar-gambar kenangan semasa 'Pertandingan Sulaman Manik, Labuci, Kristal dan Benang Anjuran Ftimdc pada tahun 2009.

Ada banyak lagi gambar tapi ini adalah yang paling istimewa sebab ada gambar saya dengan model yang menggayakan hasil ciptaan saya.

Tapi yang paling istimewa adalah gambar saya dengan pengasas Ftimdc, Ms. Rosita Jaafar. Comel betul dia tu. Baju dia pun cantik dan glamour sekali.